Thursday, 19 April 2012

                                    SEKOLAHKU  BERSIH (Mari menyanyi)
Buai tinggi-tinggi
Sampai pucuk atap
Saya suka hati
Sekolah saya bersih

Buai laju-laju
Sampai pucuk muda
Sekolah bersih selalu
Sampah pun tiada

Buai rendah-rendah
Bawah pokok sena
Sekolah saya indah
Banyak pokok bunga.
MARI MENJAWAB TEKA TEKI.

Ayam dan itik di tengah bendang,
Haiwan yang mana pandai berenang?
( Ayam, Itik )

Lembu dan kambing terkedek-kedek,
Haiwan yang mana suka mengembek?
( Kambing, Lembu )

Angsa dan itik di hujung padang,
haiwan yang mana lehernya panjang.
( Itik,  Angsa).

Saturday, 31 March 2012

Belajar Membaca (ja ji ju je jo)




PERIBAHASA

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.



Pantun kanak-kanak

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua
Hinggap  di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang

Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang

Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari

Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para

Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba




Abu Ada Ayam




Friday, 30 March 2012

Petinju atau peninju?

     Imbuhan amat penting dalam sesuatu perkataan kerana imbuhan akan menentukan makna yang dibawa oleh perkataan itu. Misalnya imbuhan meN-, lazimnya membawa makna perbuatan yang dilakukan, imbuhan peN- menunjukkan alat atau pelaku sesuatu perbuatan, dan sebagainya. Dari segi pengejaan pula, terdapat beberapa huruf yang lain apabila menerima imbuhan. Misalnya huruf k,s,p dan t akan mengalami peleburan apabila diimbuhi oleh awalan meN- dan peN-. misalnya huruf k berubah menjadi ng, s berubah menjadi ny, huruf p berubah menjadi m dan huruf t berubah menjadi n. contohnya:

me + k asih     =       me nga sih                     pe + k asih     =   pe nga sih
me + s ayang   =      me ny ayang                   pe + s ayang   =   pe ny ayang
me + p akai     =      me m akai                       pe + p akai     =   pe m akai 
me + t ari        =      me n ari                           pe + t ari        =   pe n ari

     Dalam tajuk ini, perbincangan berfokus pada beberapa kata terbitan hasil daripada proses pengimbuhan peN- dengan kata dasar yang huruf awalnya ialah huruf t. walaupun dari segi peraturan ejaan (morfofonemik), huruf t akan berubah menjadi huruf n apabila menerima imbuhan peN-, namun ada sejumlah kecil perkatan yang bermula dengan huruf t itu tidak berubah kepada bentuk huruf n malah t tetap kekal sebagai t. Misalnya ejaan kata petanda, petatar, petinju, petunang dan lain-lain seumpamanya.
     Perkatan-perkataan yang tersebut itu tidak dieja sebagai penanda, penatar, peninju, penunangan kerana makna yang terkandung dalam perkataan-perkataan tersebut (petanda, petatar, petinju, petunang) berbeza dengan bentuk perkataan yang dieja sebagai penanda, penatar, peninju, dan penunangan. Oleh itu, penanda dan petanda, penatar dan petatar, peninju dan petinju,petunang dan penunangan mempunyai makna yang berbeza.
     Bandingkanlah perbezaan makna perkataan-perkataan tersebut seperti yang berikut:
Penanda bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai tanda
Petanda bermaksud tanda atau alamat yang menunjukkan akan berlakunya sesuatu.

Penatar bermaksud orang yang menatar yakni pembimbing (kursus atau latihan menambah ilmu 
            pengetahuan)
Petatar bermaksud orang yang ditatar,orang yang menjalani penataran.


Tuesday, 6 March 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1 KSSR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

Tarikh/ Hari:   22.3.2012 /Khamis                                                                                          Masa  :  3.30  hingga  4.30 petang                                                                                             Kelas :  1 Mawar                                                                                                                            Bil. Pelajar : 34 orang                                                                                                                  M/ Pel     :  Bahasa Malaysia  
Tema       :       Kebersihan                                                 
Tajuk      :       Rumah saya bersih    
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
i.                   Membaca perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan  sebutan yang betul.
ii.               Membaca dan memberi  erti perkataan dengan betul dan tepat.
iii.             Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan betul dan tulisan yang kemas.

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid telah tahu mengeja perkataan yang mempunyai dua atau tiga suku kata dengan betul dan tahu tentang menjaga kebersihan rumah.
Konsep : penggabungjalinan, bacaan intensif
Bahan :   Petikan dalam bentuk ICT, buku teks, lembaran kerja
Nilai :       rajin, bekerjasama, tolong menolong
Kemahiran :
Fokus Utama:
Standard kandungan: 2.2             : membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat
                                                          daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard pembelajaran: 2.2.1     :membaca dan memahami perkataan yang mengandungi
                                                         dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf
                                                         dan konsonan bergabung dengan sebutan yang  betul.
Fokus sampingan:
Standard kandungan: 3.2           : menulis secara makanis berdasarkan bahan yang diberi
                                                        dengan betul dan kemas.
Standard pembelajaran: 3.2.4   : menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku
                                                        kata, diftong, vokal berganding,digraf dan konsonan
                                                        bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.






Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Berbual dan menjawab soalan berkaitan dengan gambar tunggal yang dipamerkan
Guru menunjukkan sekeping gambar tunggal tentang kebersihan
Murid menjawab soalan yang di utarakan.
Lampiran 1 Gambar tunggal
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Suku kata terbuka dan tertutup.
Belajar cara membaca,
 -bacaan luncuran
-bacaan intensif
Guru membimbing murid membaca petikan dan bersoala jawab mengenainya.
Membaca petikan tentang menjaga kebersihan rumah. Secara kelas dan individu
-membaca suku kata terbuka dan tertutup yang terdapat dalam petikan.
Tajuk: rumah Mira bersih
Langkah 2
(15 minit)
Cara-cara menolong ibu bapa dirumah
Bersoal jawab tentang isi petikan
Membaca petikan secara individu dan menyatakan cara-cara membantu ibu bapa di rumah
Lampiran  2 petikan
Langkah 3
(15 minit)
Sinonim
Suaikan maksud
Guru mengedarkan lampiran tentang sinonim
Membaca dan menyesuaikan maksud perkataan yang diberikan
Lembaran kerja 1
Langkah 4
(10minit)
Pentaksiran






Pemulihan
Mengedarkan lembaran kerja






Mengedarkan lembaran kerja.
Membaca kata kerja sebagai pilihan jawapan dan menggariskan kata kerja yang paling tepat bagi ayat yang diberi.
 
Melengkapkan  permainan bahasa ”bunga kata.”
Lembaran kerja 2






Lembaran kerja
3
Penutup
(5 minit)
Rumusan
Menyenaraikan langkah-langkah menjaga kebersihan di rumah.
Menjawab rumusan; rumah kotor, semut, lipas, tikus, lalat akan bermaharajalela dan mengakibatkan berbagai penyakit.


Refleksi : Murid-murid yang lemah terpaksa dibimbing untuk membaca petikan dengan betul. Murid-murid terpaksa diberikan masa untuk menjawab seoalan.





glitter-graphics.com

Mari Berpantun

                                     Adik  mandi  di tepi  perigi,
                                     Bangun  pagi  cuci  gigi.

                                     Pergi  berehat  di Batu  Pahat,
                                     Gigi  kuat,  gusi  sihat.

                                     Gelang  emas  dipakai  Mak  Utih,
                                     Baju  kemas  warnanya  putih.

                                     Beli  gula   bersama abang,
                                     Ibu  suka  guru  pun  sayang