Friday, 30 March 2012

Petinju atau peninju?

     Imbuhan amat penting dalam sesuatu perkataan kerana imbuhan akan menentukan makna yang dibawa oleh perkataan itu. Misalnya imbuhan meN-, lazimnya membawa makna perbuatan yang dilakukan, imbuhan peN- menunjukkan alat atau pelaku sesuatu perbuatan, dan sebagainya. Dari segi pengejaan pula, terdapat beberapa huruf yang lain apabila menerima imbuhan. Misalnya huruf k,s,p dan t akan mengalami peleburan apabila diimbuhi oleh awalan meN- dan peN-. misalnya huruf k berubah menjadi ng, s berubah menjadi ny, huruf p berubah menjadi m dan huruf t berubah menjadi n. contohnya:

me + k asih     =       me nga sih                     pe + k asih     =   pe nga sih
me + s ayang   =      me ny ayang                   pe + s ayang   =   pe ny ayang
me + p akai     =      me m akai                       pe + p akai     =   pe m akai 
me + t ari        =      me n ari                           pe + t ari        =   pe n ari

     Dalam tajuk ini, perbincangan berfokus pada beberapa kata terbitan hasil daripada proses pengimbuhan peN- dengan kata dasar yang huruf awalnya ialah huruf t. walaupun dari segi peraturan ejaan (morfofonemik), huruf t akan berubah menjadi huruf n apabila menerima imbuhan peN-, namun ada sejumlah kecil perkatan yang bermula dengan huruf t itu tidak berubah kepada bentuk huruf n malah t tetap kekal sebagai t. Misalnya ejaan kata petanda, petatar, petinju, petunang dan lain-lain seumpamanya.
     Perkatan-perkataan yang tersebut itu tidak dieja sebagai penanda, penatar, peninju, penunangan kerana makna yang terkandung dalam perkataan-perkataan tersebut (petanda, petatar, petinju, petunang) berbeza dengan bentuk perkataan yang dieja sebagai penanda, penatar, peninju, dan penunangan. Oleh itu, penanda dan petanda, penatar dan petatar, peninju dan petinju,petunang dan penunangan mempunyai makna yang berbeza.
     Bandingkanlah perbezaan makna perkataan-perkataan tersebut seperti yang berikut:
Penanda bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai tanda
Petanda bermaksud tanda atau alamat yang menunjukkan akan berlakunya sesuatu.

Penatar bermaksud orang yang menatar yakni pembimbing (kursus atau latihan menambah ilmu 
            pengetahuan)
Petatar bermaksud orang yang ditatar,orang yang menjalani penataran.


2 comments:

hanimyusra said...

dulu saya kira peninju dan petinju membawa maksud yang sama dan boleh digunakan..rupanya sangkaan saya salah

Anonymous said...

kalau ahli tinju dipanggil petinju
macama dengan penembak?
kenapa x dipanggil petembak